Tuesday, 29 August 2017

Saif Kitchen, Jitra

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman makan di Saif Kitchen, memang terkenal di kalangan pelajar-pelajar IPT di sekitar Jitra kerana harganya yang murah untuk makanan baratnya. Lokasi yang strategik iaitu di sekitar pintu masuk C-Mart Taman Aman. Waktu operasinya pada 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Terkenal dengan nama Kush Bar kerana tempat shisha yang menjadi tarikan untuk melepak di bahagian tepi kedai makan. Selain harga yang murah bagi makanan barat mereka juga menyediakan combo untuk beberapa orang dengan meletakkan chicken grill, beef grill, lamb grill serta meatball dalam satu hidangan yang besar serta harga yang berpatutan. Yang menjadi tarikan kami ketika makan disini ialah cheezy wedges yang seperti KFC tetapi lebih banyak dan murah.


0 comments:

Post a Comment

 

D'FOODHUNTER Template by Ipietoon Cute Blog Design