Variasi Laksa



Laksa merupakan makanan kesukaan bagi penduduk di sebelah utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, Penang. Bahan asas bagi membuat kuah laksa ialah ikan sama ada ikan kembung, ikan sardin atau ikan yang bersesuaian, daun kesum, bunga kantan, asam keping. Bagi menjamin rasa laksa yang sedap kuahnya mestilah tidak terlalu pekat atau cair. Bagi orang tradisional di Kedah laksa selalunya dibuat sendiri dengan cara pulas (rasanya yang enak tetapi mengambil masa yang lama untuk penyediaannya dan biasanya dihidangkan dengan kuah lemak), tetapi cara yang lebih mudah  moden hanya membeli laksa dan direndamkan sahaja. Kini laksa bukan sahaja makanan di sebelah utara tanah air tetapi di negeri lain juga telah banyak menyediakan juadah ini sama ada di rumah untuk sebarang perayaan atau di kedai makan.

Terdapat pelbagai jenis laksa:

  • Laksa Kedah
  • Laksa Penang / Asam Laksa
  • Laksa Nyonya
  • Laksa Siam
  • Laksa Kuah Lemak
  • Laksa Kari


0 comments:

Post a Comment

 

D'FOODHUNTER Template by Ipietoon Cute Blog Design