Wednesday, 30 August 2017
Tuesday, 29 August 2017
Mencuba applikasi Picsart Animator/ Gif Maker
Saif Kitchen, Jitra
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman makan di Saif Kitchen, memang terkenal di kalangan pelajar-pelajar IPT di sekitar Jitra kerana harganya yang murah untuk makanan baratnya. Lokasi yang strategik iaitu di sekitar pintu masuk C-Mart Taman Aman. Waktu operasinya pada 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Terkenal dengan nama Kush Bar kerana tempat shisha yang menjadi tarikan untuk melepak di bahagian tepi kedai makan. Selain harga yang murah bagi makanan barat mereka juga menyediakan combo untuk beberapa orang dengan meletakkan chicken grill, beef grill, lamb grill serta meatball dalam satu hidangan yang besar serta harga yang berpatutan. Yang menjadi tarikan kami ketika makan disini ialah cheezy wedges yang seperti KFC tetapi lebih banyak dan murah.
Tuesday, 22 August 2017
Cara Memasak Lasagna
Monday, 7 August 2017
Luangkan masa bersama di McDonald's
Selamat petang, kelmarin merupakan hari minggu jadi saya dan rakan saya meluangkan masa di Aman Central, Alor Setar untuk cuci mata dan membeli-belah. Apabila tengahari kami bersepakat untuk makan di kedai makanan segera iaitu McDonald's, pada mulanya kami ingin mencuba burger korea baharu kerana ianya menarik (dari segi persembahan burger yang rotinya berwarna hitam) tetapi kami dimaklumkan bahawa burger itu amat pedas jadi kami menukar kepada 2set buger McChiken yang biasa.