Tuesday, 19 September 2017

Iman Kuey Teow Kerang, Alor Setar


Pada hari minggu yang lalu, saya bersama 2 orang rakan rumah serta seorang rakan sekolah telah berjanji untuk berjumpa dan pergi makan bersama-sama. kami bersepakat untuk memilih tempat makan di Iman Kuey Teow Kerang di Alor Setar. Bagi sesiapa yang tidak tahu Restoran Iman ini terletak di laluan menuju ke Terminal Bas Shahab Perdana. Restoran ini begitu popular kerana ramai orang membuat "review" di Facebook mengatakan restoran ini sesuai untuk dikunjungi. Berikut saya sertakan gambar makanannya dan dan pelan lokasinya.

Menu special: Kuey Teow Kerang + Telur Goreng




Dari kiri Ain, Fatin, Fiqa, Bella


Tuesday, 5 September 2017

Makanan dalam majlis di London VS di Malaysia


Makanan dalam sesuatu majlis perlulah bersesuaian dengan majlis yang diraikan. Majlis hari lahir yang selalu disambut oleh kanak-kanak jadi makanan yang sesuai di hidangkan perlulah yang menarik minat kanak-kanak dengan cara persembahan dan warnanya. 
Antaranya:
  • Kek Cawan
  • Buah-Buahan
  • Macaroon
  • Ais Krim
  • Popcorn


Antara makanan yang selalu dihidangkan ketika majlis hari lahir di luar negara


Satay ialah makanan yang selalu dihidangkan ketika majlis-majlis besar atau kecil, dan merupakan makanan kegemaran masyarakat di Malaysia


Wednesday, 30 August 2017

Gif maker



Gabungan gambar untuk menjadikan gif menggunakan aplikasi picsart animator.

Tuesday, 29 August 2017

Mencuba applikasi Picsart Animator/ Gif Maker

1. Penggunaan PicsArt perbuatan dalam image still

2. Pengunaan Gif Maker menggabungkan 4/5 gambar
3. Pengunaan 'Emoji Me' dalam applikasi PicsArt

Saif Kitchen, Jitra

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman makan di Saif Kitchen, memang terkenal di kalangan pelajar-pelajar IPT di sekitar Jitra kerana harganya yang murah untuk makanan baratnya. Lokasi yang strategik iaitu di sekitar pintu masuk C-Mart Taman Aman. Waktu operasinya pada 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Terkenal dengan nama Kush Bar kerana tempat shisha yang menjadi tarikan untuk melepak di bahagian tepi kedai makan. Selain harga yang murah bagi makanan barat mereka juga menyediakan combo untuk beberapa orang dengan meletakkan chicken grill, beef grill, lamb grill serta meatball dalam satu hidangan yang besar serta harga yang berpatutan. Yang menjadi tarikan kami ketika makan disini ialah cheezy wedges yang seperti KFC tetapi lebih banyak dan murah.


Tuesday, 22 August 2017

Cara Memasak Lasagna


Dalam video ini menunjukkan cara-cara memasak makan barat iaitu Lasagna, Bagi pengemar cheese makanan ini sememangnya antara makanan pilihan mereka. Kerana turut dimasukkan cheese mozarella, cheese parmersan. Ianya boleh disediakan sama ada berintikan daging atau ayam mengikut cita rasa masing-masing. Cara memasak adalah dengan bakar di dalam ketuhar.

Monday, 7 August 2017

Luangkan masa bersama di McDonald's

Selamat petang, kelmarin merupakan hari minggu jadi saya dan rakan saya meluangkan masa di Aman Central, Alor Setar untuk cuci mata dan membeli-belah. Apabila tengahari kami bersepakat untuk makan di kedai makanan segera iaitu McDonald's, pada mulanya kami ingin mencuba burger korea baharu kerana ianya menarik (dari segi persembahan burger yang rotinya berwarna hitam) tetapi kami dimaklumkan bahawa burger itu amat pedas jadi kami menukar kepada 2set buger McChiken yang biasa.

Gembira menjamu selera di McDonald's

2set McChicken

Seleranya Fatin menikmati burgernya

Inilah burger korea yang saya ceritakan, nampak sedap kan?

Tuesday, 11 July 2017

Makan di kedai Coconut Shake Pokok Sena, Kedah

Kalau nak rasa minuman coconut shake yang sedap bolehlah ke Pokok Sena, Kedah. Pokok Sena dekat mana? Baiklah Pokok Sena atas daripada Langgar dan sebelum sampai ke Kuala Nerang. Kedainya pula betul-betul selepas Sekolah Sains Pokok Sena ( SAINA). Menu istimewa kedai ini mestilah coconut shake yang terbaik. Disamping itu, nasi ayam berempah dan laksanya juga menjadi pilihan, kami berdua (Fiqa dan Atyn) bersama nenek Fiqa menjamu selera disana pada hari Sabtu yang lalu.
3 coconut shake (bungkus 1)
3 laksa (bungkus)
4 nasi ayam berempah (bungkus 1)
Hanya berharga RM 39.00








Kedai makan murah di jitra -cikyam tomyam-

Sesuai untuk pelajar 😆 Nasi khawin + pelbagai jenis air gelas besar hanya berharga rm4.00.
 lokasi : tanah merah,jitra berhadapan stesen bas tanah merah dan petronas.

Tuesday, 4 July 2017

MAKAN DI JOHNNY'S RESTAURANT @ AMAN CENTRAL

KAMI MENJAMU SELERA DI JOHNNY'S RESTAURANT DI AMAN CENTRAL, ALOR SETAR KEDAH.





FIRST DAY

JENIS KEDAI MAKAN


  • CAFE WESTERN
  • CAFE BUDGET
  • KEDAI MAKAN TENGAHARI
  • KEDAI MAKAN MALAM
  • KEDAI MAKANAN SEGERA
  • KEDAI MAMAK
  • WARUNG PAGI
  • MAKANAN DI HOTEL

"FOOD IS THE INGREDIENT THAT BLIND US TOGETHER"
 

D'FOODHUNTER Template by Ipietoon Cute Blog Design